( syur g a )

Heaven is made of what kind of people?

Semua orang. Kau, aku, dia, mereka..penipu kalau mengakui tidak mendambakan syurga. Penipu, kalau diberi pilihan pintu kiri ke neraka, dan pintu kanan ke syurga, tombol pintu kiri yang kau pulas. Penipu.

Yang mana ini meneroboskan aku dengan satu soalan, syurga, dibina atas manusia yang bagaimana?

Hari ini kita tak perlu pergi jauh dari gersang-gersang telinga, melabeli orang itu ke syurga, orang ini selayaknya neraka. 
Pak Imam maksumiah ini pemetik buah syurga, 
Zaki si perogol perenang sungai neraka.

Di celah-celah buntil hati kita sendiri, terdekat di dada, fitrah prejudus syurga dan neraka sudah sebatiannya dengan jiwa. Satu trebulasi konsisten yang kita takkan bisa lari. Melihat si mulia di mata kita mati, jiwa memanjatkan rahmah Allah si polan bakal ke syurga.

Ruang ekstansial yang tak pernah kita selami, syurga, didiami oleh orang yang bagaimana?

Dunia ini telah dihuni manusia kian lama. Sejak Adam dan Hawa dituruni, kembang biak kita tak pernah terhenti. Kita adalah darah daging nabi yang pernah menduduki syurga. Tiap genetik yang berlari dalam nadi, ada cinta Adam dan Hawa beserta tuhannya. Tetapi dalam keseliratan jaring manusia yang tereplika kian banyak ini, tidak semuanya sama. 
Ada sesetengah baik tingkah, ada sesetengah budinya jelantah.

Sebak surat khabar, pasang teling dengar berita.. pembunuhan, perogolan, penindasan, genosida, apa segala kekejian disekeliling kita, bagai tak pernah jauh. Kalian tidak boleh lagi meninggalkan anak kecil sendiri dalam kereta selama 5 detik dengan tenang, tanpa memikirkan keculikan dan perogolan serta pembunuhan sadis menimpa anak kalian. 

Dunia apa kita duduki kini? 
Billion tahun manusia mendiami bumi,
tiapnya berevolusi situasi.
Sehingga nafas tidak lagi setenteram.
Segala keiblisan boleh terjadi.

Syurga, terkait dengan akhirat, menjadi perca kain terindah, dititiki corak batik paling nyaman dan ternikmatan. Suatu kehidupan eternal yang tiada penghujung. Disana kita bakal tinggal seirama berorkestra selama-lamanya. Tiada kiamat terkali keduanya.

Trillion tahun di sana, kuasa tiga puluh juta, dikurungkan pada ruang legar infiniti, kita bakal menghirupnya di syurga. Syurga itu indah lagi menenangkan. Revolusi situasi yang pernah terjadi di bumi dari manusia tercantik pekerti ke manusia paling hina dari binatang takkan boleh terjadi. Begitu sekelumit definisi kepujian manusia yang mengintikan syurgawi.

Dari titik paling awal, pagi hari pertama manusia menjejakkan kaki ke taman syurga, tiada ke akhirnya, syurga itu kekal indah. Kerana itu syurgaNya.

Mari pejamkan mata. Prejudiskan manusia.

Adakah aku layak meniti ke sana?
Adakah aku manusia yang sepertinya? 

Aduh, mulianya.
Aduh, mulusnya dia.
Manusia jenis apa dia ya?


1 comment:

Evagurl said...
This comment has been removed by the author.