( d re a m)

i'm longing for the lips that i gonna kiss,
how does it looks like?
how curve it is?
how good it might taste?

i wanna own that dashboard.
i wanna feel pretty in the box,
flying above the road that soften like a wind.

i wanna see my kids running round the garden,
with beautiful flowers blooming every morning,
watch them grow from my bedroom window,
spooning my lovely wife with the wool blanket,
heating every inch of her skin.

*macam2 kau nak kan? kan? 
nak yang sedaaaap je kan? kan? kan?
tak malu ke? huh.

natang.

( pe nak u t)

Mana kau simpan tangan lepas zakar kau lancapkan?
Mari. Aku ajar kau jadi lelaki.

Mana kau kesat jari lepas labia kau inzalkan?
Sama tempatnya.
Lelaki dan wanita.


Tipulah kalau aku kata aku tak sakit hati tengok lelaki gemok dapat kawin dgn perempuan ramping curvy mcm greek goddest.

My vocabulary just couldn't find any words to express what I'm feeling right now.

Not because I've lost my dictionary,

But I kinda lost,
and confused.

Happy paycheck day.

( ri d i c ulou s ly jahat )

Ridiculousnya hidup ni, anda akan rasa bila anda jumpa manusia-manusia yang ridiculously jahat. Sampai at one point, anda termenung, tak kira sambil drive, sambil minum pagi dengan hot coffee, atau bila-bila, memikirkan jahatnya orang tu. All you got to do is pat yourself at the back, and console your heart and mind by whispering to your ears, 'welcome to the real world, mate'.

Ya, 'jahat' is a strong word. In the same time, anda boleh kata, 'jahat' itu subjektif.

Bagi saya jahat itu bukanlah subjektif sangat, Nabi pernah kata, orang yang baik di kalangan kamu adalah orang yang baik di antara keluarganya. Maksudnya, baik bersama ahli keluarga. Jadi, shortcut untuk definisnya, orang yang jahat adalah orang yang zalim, kejam, dan tidak memuliakan layanan terhadap keluarganya. Boleh ke aku buat reverse conclusion macam ni. huh.

Ok tak kena mengena.

Abaikan perenggan kedua.

What Im trying to say, or warn you, bad people really exist out there. Bagi silent reader saya, if you're still a student, and you say that you're already meet a bad person personally, trust me my dear, you ain't see anything yet. Tunggu anda melangkah ke alam pekerjaan, to the real world they said, anda akan jumpa pelbagai jenis manusia jahat yang ridiculously jahat. Sampai anda yang rasa diri anda jahat pun, tak sejahat orang jahat yang anda bakal jumpa tu.

Kawan kutuk belakang, kawan tikam belakang (or fuck you at the back), korupsi, tibai duit syarikat, makan suap (rasuah) dan banyak lagi permainan setan, anda bakal jumpa.

Bagi anda-anda yang boleh kata baik (kalau anda dapat rasa anda baiklah), anda akan rasa shock yang teramat sangat. Akan banyak soalan timbul dari kepala hotak anda tentang bagaimana ridiculousnya kejahatan manusia-manusia begini.

"Macam mana dia sanggup canang aku macam ini dengan orang lain, sedangkan aku dah banyak tolong dia?"

"Dia ni tak takut ke makan duit haram? jadi darah daging.."

"Ya Allah.. tak sangka ada manusia macam ni.. nabi dia sama ke tak dengan nabi aku ni??"

Ni antara soalan-soalan yang bakal terlintas pada diri anda, sebaik sahaja anda menyaksikan kejahatan-kejahatan manusia yang berhati busuk tahap ridiculous. Jangan terkejut juga jika anda mendapati orang-orang jahat begini juga solat seperti biasa, puasa ramadhan, bersedekah dan pelbagai amal jariah lagi. Wallualam, Tuhan sahaja punya jawapan mengapa semua amal soleh itu tak mampu membersihkan daki pada hati mereka dari berperilaku jahat se-ridiculous itu.

"Hidup ni kena pandai menipu dik.. kalau kau cakap dan buat benda betul.. mampus kau tak dapat hidup.. sebab manusia ni lagi suka ditipu.. ", pesan seorang pemandu teksi kepada saya kira-kira 2 tahun lalu, ketika perjalanan dari Kolej ke KTM Sungai Buloh.

Maybe he was right.
Thats why I'll get fuck for too many times.

But its okay,
my prophet already told me the truth about the world,
and in the end,
the truth always win.


( mi r a )

     Aku masih ingat Mira, melambaikan tangan pada aku dari luar jendela kereta. Dia memang setia begitu setiap terik tengahari selepas kami pulang dari tadika. Mira, berdiri, kadang duduk, melambaikan tangan kepada aku. "Esok kite jumpe lagi eh?", Mira selalu pesan pada aku. Aku takkan pernah lupa senyum comel Mira, serta mata coklat Mira yang galak, ceria, tersimpan cahaya di dalamnya, tetapi penuh rahasia.

     Mira pandai mewarna, dalam kelas kami, aku rasa Mira budak paling pintar. Dia selalu jadi ikutan budak lain, dia selalu jadi perhatian. Aku masih ingat, dalam kelas membaca, Mira orang pertama yang mampu membaca. Berada dekat dengan Mira, dan dikenali budak lain sebagai kawan Mira, aku bangga. Mira selalu buat aku percaya, aku juga mampu dan mahu bijak macam dia. Aku masih ingat nama seorang guru tadika kami, nama dia Cikgu Maryam. Dia garang. Bila waktu makan, Cikgu Maryam akan paksa kami habiskan sayur. Kadang-kadang dia akan periksa tiap pinggan kami satu persatu lepas habis makan, untuk pastikan sayur kami habis. Siapa tak habis, dia akan hukum. Aku, benci sayur. Mahu lagi sawi. Semua budak pun benci sebenarnya. Ada satu pagi Cikgu Maryam periksa pinggan kami. Kami berbaris. Sayur aku tak habis, aku nak muntah paksa tekak telan sawi tu, aku takut bila giliran aku sampai. Cikgu Maryam garang. Mira berbaris belakang aku, tiba-tiba Mira ambil semua sayur dalam pinggan aku, dia makan. Aku terpinga. Aku tengok muka Mira tahan muntah, tapi lepas telan, dia senyum. Dia kata, "makan sayur nanti kuat macam Poppye lah! Hehe..". Mira selamatkan aku. Aku ingat lagi Mira. Kau memang baik hati. Kami semakin rapat, sampai mak dan abah aku perasan. Mereka perasan ada seorang budak yang selalu duduk sebelah aku dalam kelas, yang selalu jalan sama aku, yang lambai tangan pada aku tiap kali balik tadika. Dan mereka perasan nama Mira ada merata-rata dalam buku latihan dan buku mewarna aku. Sampai aku pernah tulis nama Mira pada dinding bilik dengan pensil warna Luna. Warna merah. 

     Hari biasa, budak-budak berlari-lari keluar dari kelas ke depan pintu pagar. Waktu pulang. Aku dan Mira pegang tangan lari bersama mereka dalam riang ketawa. Tapi hari tu, aku perasan, Mira tak seceria selalu. Aku lihat senyum wajah Mira tawar. Aku tak berani tanya. Kereta abah sampai. Aku kata pada Mira, aku kena pergi, lepaskan tangan. Tapi Mira genggam tangan aku lebih erat. Aku jadi gamam. Aku lihat mata Mira berkaca. Aku tanya, "kenapa ni Mira? Kite nak balik ni abah kite dah sampai.". Mira diam. Tiba-tiba Mira nangis. Aku jadi buntu. Fitrah lelaki, panik bila perempuan menangis. Aku pegang tangan Mira. Mira perlahan bisik pada aku, "awak.. nanti kite dah takde.. awak jangan lupe kite tau..". Manik di mata aku mulai ditarik bait graviti, tapi bening aku tahan sejantannya. Aku malu untuk menitiskan air mata. Walaupun aku sedar pada saat itu, aku sayangkan Mira. Mira seorang kawan yang istimewa. Aku seakan mahu lari dari situasi itu, "Mira.. nanti esok kite jumpe lagi eh. Abah kite dah sampai tu.. bye..!!". Aku tinggalkan Mira dengan sedu yang masih disembunyikan. Aku menghempas kan diri ke dalam van abah, abah bertanya kenapa Mira menangis, tapi aku diam tak menjawab.

Van abah mula bergerak, aku mengiringkan badan ke tingkap.
Aku dan Mira berbalas lambaian.
Aku tenung wajah Mira dalam-dalam.
Sehingga dia hilang dari pandangan...

Itu kali terkahir aku jumpa Mira.

Esok, dan hari-hari seterusnya aku di tadika, Mira tak pernah hadir lagi. Cikgu kata, Mira ada masalah keluarga. Dia terpaksa pindah jauh. Ada orang kata ke Kelantan, tapi aku tak pasti. 
Aku pernah curi dengar abah dan mak berbual, sebenarnya Mira ikut ibu nya pulang ke kampung. Ibu bapa Mira bercerai. Ibunya menang hak penjagaan Mira.

Aku tak rasa kalau hari ini aku jumpa Mira lagi, Mira masih ingat aku. 
Tapi aku mesti boleh ingat dia. Tiada satu pun tentang Mira yang aku boleh lupa.

Mira pernah tanya aku, nanti dah besar, mahu jadi apa? Aku jawab arkitek. Sebab aku pandai melukis masa tu.

Aku tanya Mira semula, nanti Mira dah besar, Mira mahu jadi apa?
Mira jawab tak tahu. 
Tapi dia kata dia nak jadi kuat macam ibu dia.

Mira,
aku tak lupa.

:)

( hi v )

Ada waktu-waktu, yang kita akan berkonfrontasi dengan situasi yang merumitkan.
mengelukan lidah yang selama ini galak menari.
Semua. Semua orang pernah ada waktu tu.

Mengaku kita yang terpecahkan pasu bunga ibu,
menjawab keputusan peperiksaan corot bila ditanya abah,
meminta izin meminjam kasut kesayangan abang,
memberitahu kita tak dapat hadir pada perkahwinan sahabat karib,
meluahkan rasa cinta kepada lelaki atau perempuan yang mencurikan jiwa,
atau menyebut nama Allah bilamana diri kita terasa amat jauh dariNya..

Semua ini,
pengalaman-pengalaman yang melumpuhkan bibir mengelukan lidah.
kita pernah mengalaminya,
mahupun sedang.

Namun bagi sesetengah orang,
situasi yang tak pernah menyelesakan ini berlaku saban hari.
kerana sumber nafkahnya merangkumi intipati situasi seperti ini.

Ditelan mati bapak, diluah mati emak, dikemam kena maki.

"Maaf encik.. harap encik sabar.. dari ujian kita ni nampak lah ada dua line.. kira positif lah.. encik ada HIV.."

"Abang ada HIV.. sebab abang dah ada ni.. kira kita kena screening orang rumah abang sekali.."

"Allahuakbar.. akak.. kalau tengok kit ni.. memang akak ada lah HIV ni.. harap akak sabar lah.. saya terpaksa juga screening anak akak.."

"Akak.. saya terpaksa bagitahu.. anak akak yang Faezah Danisya ni ada penyakit ni.. maybe masa akak mengandungkan Danisya virus ni dah incubate dalam darah akak.."

Menungan. Tangisan. Ratapan.
Lalu aku dustakan dengan berkata tak ada apa-apa.
Semuanya seperti biasa.

Ini semua, permainan aku.

( h u ja n)

Alahai pujangga,
indahnya jika gelintingan derai hujan ini,
yang mencengkam tiap ruas rasa dengan dinginnya,
kita semadikan dengan ketawa dalam mimpi mewah,
dari menangis bersama irama nyamannya.

Meringkuk dalam suram suara.

( syur g a )

Heaven is made of what kind of people?

Semua orang. Kau, aku, dia, mereka..penipu kalau mengakui tidak mendambakan syurga. Penipu, kalau diberi pilihan pintu kiri ke neraka, dan pintu kanan ke syurga, tombol pintu kiri yang kau pulas. Penipu.

Yang mana ini meneroboskan aku dengan satu soalan, syurga, dibina atas manusia yang bagaimana?

Hari ini kita tak perlu pergi jauh dari gersang-gersang telinga, melabeli orang itu ke syurga, orang ini selayaknya neraka. 
Pak Imam maksumiah ini pemetik buah syurga, 
Zaki si perogol perenang sungai neraka.

Di celah-celah buntil hati kita sendiri, terdekat di dada, fitrah prejudus syurga dan neraka sudah sebatiannya dengan jiwa. Satu trebulasi konsisten yang kita takkan bisa lari. Melihat si mulia di mata kita mati, jiwa memanjatkan rahmah Allah si polan bakal ke syurga.

Ruang ekstansial yang tak pernah kita selami, syurga, didiami oleh orang yang bagaimana?

Dunia ini telah dihuni manusia kian lama. Sejak Adam dan Hawa dituruni, kembang biak kita tak pernah terhenti. Kita adalah darah daging nabi yang pernah menduduki syurga. Tiap genetik yang berlari dalam nadi, ada cinta Adam dan Hawa beserta tuhannya. Tetapi dalam keseliratan jaring manusia yang tereplika kian banyak ini, tidak semuanya sama. 
Ada sesetengah baik tingkah, ada sesetengah budinya jelantah.

Sebak surat khabar, pasang teling dengar berita.. pembunuhan, perogolan, penindasan, genosida, apa segala kekejian disekeliling kita, bagai tak pernah jauh. Kalian tidak boleh lagi meninggalkan anak kecil sendiri dalam kereta selama 5 detik dengan tenang, tanpa memikirkan keculikan dan perogolan serta pembunuhan sadis menimpa anak kalian. 

Dunia apa kita duduki kini? 
Billion tahun manusia mendiami bumi,
tiapnya berevolusi situasi.
Sehingga nafas tidak lagi setenteram.
Segala keiblisan boleh terjadi.

Syurga, terkait dengan akhirat, menjadi perca kain terindah, dititiki corak batik paling nyaman dan ternikmatan. Suatu kehidupan eternal yang tiada penghujung. Disana kita bakal tinggal seirama berorkestra selama-lamanya. Tiada kiamat terkali keduanya.

Trillion tahun di sana, kuasa tiga puluh juta, dikurungkan pada ruang legar infiniti, kita bakal menghirupnya di syurga. Syurga itu indah lagi menenangkan. Revolusi situasi yang pernah terjadi di bumi dari manusia tercantik pekerti ke manusia paling hina dari binatang takkan boleh terjadi. Begitu sekelumit definisi kepujian manusia yang mengintikan syurgawi.

Dari titik paling awal, pagi hari pertama manusia menjejakkan kaki ke taman syurga, tiada ke akhirnya, syurga itu kekal indah. Kerana itu syurgaNya.

Mari pejamkan mata. Prejudiskan manusia.

Adakah aku layak meniti ke sana?
Adakah aku manusia yang sepertinya? 

Aduh, mulianya.
Aduh, mulusnya dia.
Manusia jenis apa dia ya?


( a f r a id)

i'm afraid..
of what?
of what?
of what?
of what?


....of you.

( pe r em p ua n)

Perempuan, dan love.

Apa yang sering memfasinasi aku tentang perempuan, adalah bagaimana mereka terlalu terkimia dengan cinta, dan kasih sayang. Aku mula mengerti bila aku imbas kembali lukisan-lukisan anak kecil perempuan yang selalu dihiasi dengan lambang-lambang cinta. Lambang 'love', yang entah siapa yang mengajarkan mereka.

Atas kertas lukisan pendidikan seni, Amalina menyelitkan 'love' di tepi namanya.
Dibuku latihan tiap kali habis mengusaikan karangan, Amalina akan meletakkan 'love' di penghujung perenggan.
Pada riang ria hari sukaneka, Amalina melukiskan 'love' pada belon tiupannya.

Amalina adalah sahabat sekelas aku, duduk bersebelahan aku ketika berumur 7 tahun. Kira dia adalah perempuan sebaya pertama yang benak aku mampu ingatkan.

Ibarat suatu fitrah yang tak dibentukkan, cinta dan perempuan, adalah satu jenis larutan. Seiring dengan masa yang berjalan dalam usia keperempuanan, cinta dan kasih sayang menjadi jisim dan jirim yang bersatu dalam perasaan dan tindakan.

Dalam seni kelembutan, perempuan selalu rebah dalam fitrah cinta, yang membuatkan mereka jadi pengorban akan sesuatu yang sepatunya mereka pertahankan. Sedewasa aku ini, perempuan yang tewas dengan cinta sendiri terlalu selalu dikhabarkan. Dara tergadai kononnya atas ketulusan kasih dan sayang di jalan serakah. Ternyata fitrah itu mampu membencana, jika diulit nafsu bersama.

Alia bukan perempuan pertama yang aku tahu menghadiahkan dara pada teman lelakinya. Tapi kata Alia, dia terjerumus dalam medan bohsia, kerana pernah dicabul ketika kecil. Suatu peringatan bagi aku, jangan memandang terlalu keji pada perempuan bervagina murah, kerna mungkin disebaliknya ada cerita. Kita tak mungkin tahu apa selirat perih jiwa mereka sehingga mahkota yang patut dijunjung kini disepak kakikan.

Begitu juga Sharifah, dinaifkan ketika berumur 17 tahun oleh rakan sekolahnya. Atas nama cinta diberi segala. Kini menjadi seorang perempuan yang begitu murah kasih sayang, terlalu mudah memberi payudara. Aku lihat dia tersepit diantara cinta dan kekotoran diri. 'Love' yang mereka selalu selit-selitkan dalam setiap perhiasan ketika anak kecil itu kini bisa jadi racun yang meraksa.

Bagi diri aku, aku lebih banyak belajar tentang kasih dan afeksi perempuan dari kakak aku. Tiada tangan yang membelai rambut aku ketika aku kecil selain dia. Tiada yang memeluk aku ketika aku dalam ketakutan guruh menyabung selain dia. Dari situ aku ketahui, perempuan itu inti nya kasih sayang.

Perempuan, dan love
Nanti kita ketemu lagi dalam bisik-bisik suara halus, dalam memori-memori anak kecil yang tak pernah haus, dalam tiap nota-nota kecil yang tidak terbalas, dalam entry-entry kosong yang tak pernah jelas.

( tu li s )

tepat saat aku berdetak detuk menaip entry ini, azan maghrib baharu sahaja lepas dilaungkan. aku dalam keadaan meniarap. bersinglet putih kusam dan cuma memakai seluar dalam warna hijau petronas. turquoise kah orang panggil klu tak salah aku?

lately i've been thinking, aku kena cari jalan keluar dari kehidupan aku sekarang. dari aku kecil sampai besar, klu kau tanya aku, "adakah kau benar-benar happy dgn life kau?", aku mungkin akan senyap dua tiga saat, ataskan bebola mata aku, then surely aku akan kata, "Tak!". Mengapa? Tak payah tanya lagi, aku benci explain diri. even kadang-kadang aku slalu cerita psl diri aku, dan korang baca, tp sebenarnya tak, aku tak cerita kat korg, aku cerita pada tembok ni. blog ni. aku tak minta reply. it is the way myself to monolog, in a way that "not so monolog."

hmm.

i have a plan.
but i need preparation,
inside out.

first of all, aku kena berhenti masturbating. i mean like really stop. boleh lah buat exception macam dua bulan sekali kot. kalau aku mampu. aku pun laki normal. kadang-kadang horny jgk, rasa nk tgk blue jgk. maklumlah aku belum kahwin.

why?

sbb aku prasan melancap telah buat otak aku tak smooth dlm berfikir. macam jam. macam gear tak cukup minyak pelincir. ingatan pun kurang, damn u motherfucker satan. haih.

second. aku kena slalu ingt tuhan. solat. dgr benda-benda baik. baca Quran. immerse myself with the positive charge. baru hati tenang, then aku boleh berfikir dgn bebas. lancar. waras, rasioanal.

dan aku perlu jugak byk membaca. semenjak aku kerja, aku jarang sgt membaca. cibai. xda masa, balik kerja penat mcm kerang basi. dengan membaca, aku rasa self-esteem aku tinggi. even buku-buku yg aku baca org kata bosan.

then perlu bersenam, supaya aku energatic. x cepat pancit. n of course aku risau pasal berat badan aku. tp yg penting aku nk sehat. i want to look like Jalalludin Hassan, or Yusof Haslam, or.. Harrison Ford, even if im 60.

brapa ramai lelaki umur 20an, yg kalau berdiri sebelah Jalalludin Hassan, then suruh perempuan pick one, mana yg lebih attractive, perempuan akan tunjuk Jalalludin?
lost to an old guy?
hahaha, nightmarem dude, nightmare.

dan oh ya blog ni.
blog ni bakal jadi medan paling bosan dalam masa dua-tiga bulan ni. bukan maksud sebelum ni x bosan, bosan dah, tp akan jadi lebih bosan dari biasa.

i have a plan.
i have a dream.
just to make sure i'll working it out.

insya Allah.

ok.
nak mandi wajib dulu.

smlm aku melancap tgk blue.

bye,
Salam.

(ju ju r )

soalan yang aku paling takut orang tanya,
dan aku kena jawab sejujur-jujurnya,
seikhlas-ikhlasnya, adalah..

"adakah ibu bapa anda telah menunjukkan contoh yang baik dalam membina peribadi insaniah anda secara dalaman dan luaran?"

kau boleh kata tiap parents tak sempurna,
mcm aku boleh kata,
aku tak sanggup jawab soalan ni.

sebab jawapan dia,
menghancurkan hati.
rasa nak mencarut

hmm

PANTAT
PUKI
CIBAI
SUNDAL 
ANJING
PANTAT
SIAL

eh PANTAT dah sebut..
kau nak tau apa yang paling susah?

jadi seratus dua puluh peratus jujur,
dan masih rasa bermaruah.

( la n u n)

ringo starr bertanya pd lennon, "what do u do when your love is away?"
lennon jawab, "is it worrying to be alone?".
ringo starr tanya lagi, "how'll do i feel by the end of the day?"
lennon jawab, "are u sad because you're on your own?"

ringo kata, "No.. i get by the little help from my friends."

lalu john lennon tanya ringo pulak, "do you believe in a love at fisrt sight?"
ringo jawab, "yes i'm certain but it happens all the time.."
lennon tanya lagi, "what do you see when you turn off the light?"
ringo jawab, "i can't tell you but i know it's mine.."