anda kena faham,
kenapa org melayu suka mengumpat.
anda jangan main benci terus suka-suka hati..
rata-rata orang melayu ni,
kehidupan dorang bosan.
tak ada apa yang luar biasa dan menyeronokkan dlm kehidupan seharian mereka.
so perkara yang boleh menggembirakan hati mereka,
adalah dengan bercerita tentang kehidupan orang lain.
bila bercerita tentang kehidupan orang lain,
tidak semestinya kita adalah sumber primary dalam sesuatu sumber.
kita mungkin jadi pencerita skunder, maupun pencerita tertier.
oleh kerana itu,
pengolahan-pengolahan yang maha dasyat akan berlaku.
"Aziz jatuh longkang"
tiga perkataan. mudah. tamat.
tp orang melayu yg bosan td lebih cenderung dgn mengolah cerita semudah itu dengan,
"aku nampok ajis jatuh longkang td, tersadung ranting kayu, bedebuk! jatuh dlm longkang! penuh taik baju die! yang aku peluk nye nape ajis bengong sangak nyo, ranting tu nipih macang lidi, tp kene tu jatuh sokmo! lembik natang tuh!"
"aku tak dapat datang program ujung minggu ni.. ada hal.. sorry deh.." - Mustafar
mustafar enggan bagitahu alasan dia tak dapat join program hujung minggu tersebut.(yg mana klu dia xnak join pun itu hak dia)
tp orang melayu yg dianugerahkan firasat-firasat tertentu menggagap diri beliau dimukjizati oleh tuhan, dan mengolah cerita contohnya seperti,
"mustafar dok dapak join progreng ujung mggu ni.. aduh busy sokmo natang tuh. kok beto ade hal dakpe.. aku takuk die saje taknok g.. kok taknok g pun dakpe.. ha.. aku bukan ape, takuk gi wak bende pelek-pelek.. pempuang ramai natang tu boh!"
...dan banyak lagi contoh-contoh,
yang kalau saya huraikan,
anda akan berfikir dua kali untuk membenci orang-orang melayu yang suka mengumpat,
dan bercerita tentang hal orang lain di belakang empunya badan.
anda kena faham.
sebelum anda benci.
*content tak kena mengena dgn pengarang.
1 comment:
tau. dah jadi culture. paling menyampah bila dalam bilik guru mesti akan terdengar orang tu potpetpotpet si polan tu si polan ni. bosan. tu aku banyak habiskan masa dalam library dan computer lab siapkan keje
Post a Comment