( hi v )

Ada waktu-waktu, yang kita akan berkonfrontasi dengan situasi yang merumitkan.
mengelukan lidah yang selama ini galak menari.
Semua. Semua orang pernah ada waktu tu.

Mengaku kita yang terpecahkan pasu bunga ibu,
menjawab keputusan peperiksaan corot bila ditanya abah,
meminta izin meminjam kasut kesayangan abang,
memberitahu kita tak dapat hadir pada perkahwinan sahabat karib,
meluahkan rasa cinta kepada lelaki atau perempuan yang mencurikan jiwa,
atau menyebut nama Allah bilamana diri kita terasa amat jauh dariNya..

Semua ini,
pengalaman-pengalaman yang melumpuhkan bibir mengelukan lidah.
kita pernah mengalaminya,
mahupun sedang.

Namun bagi sesetengah orang,
situasi yang tak pernah menyelesakan ini berlaku saban hari.
kerana sumber nafkahnya merangkumi intipati situasi seperti ini.

Ditelan mati bapak, diluah mati emak, dikemam kena maki.

"Maaf encik.. harap encik sabar.. dari ujian kita ni nampak lah ada dua line.. kira positif lah.. encik ada HIV.."

"Abang ada HIV.. sebab abang dah ada ni.. kira kita kena screening orang rumah abang sekali.."

"Allahuakbar.. akak.. kalau tengok kit ni.. memang akak ada lah HIV ni.. harap akak sabar lah.. saya terpaksa juga screening anak akak.."

"Akak.. saya terpaksa bagitahu.. anak akak yang Faezah Danisya ni ada penyakit ni.. maybe masa akak mengandungkan Danisya virus ni dah incubate dalam darah akak.."

Menungan. Tangisan. Ratapan.
Lalu aku dustakan dengan berkata tak ada apa-apa.
Semuanya seperti biasa.

Ini semua, permainan aku.

1 comment:

Awan Putih said...

nanti jadi permainan saya pula kelak. huh.