Langkah lesu
Laizah bukan lagi metafora abstrak yang perlu didalami maksudnya. Gerak-gerinya
mampu dibaca oleh manusia paling kompleks pemikiran tanpa lenggok fakta. Cukup
literal yang dia memang, letih. Tubuh yang dimamah kehidupan saban hari itu
longlai, seperti kelmarin dan tulat-tulatnya. Tangan halus Laizah memulas
tombol pintu apartment, tiap desir dan decik dilaungi pintu itu bergema dalam
kesunyian kelam malam, ditemani desing-desing lagaan kunci, bagaikan harmoni.
Detik lampu
menerangi tiap ruang perabot, segala lipas dan tikus menyorok kelibut. Dibaling
semua yang terpaut pada tangan ke atas sofa separa empuk, bagaikan seorang
Taliban membuang bom-bom jangka yang terlekat di tubuh. Satu pembebasan dari
tiap igauan yang bagai perasit sentiasa mengekori insang. Susur langkah ke
dalam kamar, tersusun rapi segalanya. Dilucut pakaian bagai revalasi malam
pertama kepada suami, bogel Laizah. Mencapai tuala putih krim ke bilik mandi.
Air yang disapu ke tiap celah tubuh tak ubah macam terapi. Sabun yang digosok
menanggal daki. Hanya bunyi shower jadi muzik latar bunyi rumah yang sunyi.
Usai dari
urusan dalam bilik mandi yang diritualkan secara semi sedar, Laizah
menyelak-nyelak pajamas dalam almari. Lama bersemayam memutuskan warna pajamas
apa yang cocok dipakainya untuk mati.
Ya, untuk
mati.
Disarung
jasad dengan pajamas merah jambu terang, dikerling-kerling cermin disisi. Dia
tak pernah alpa yang dia lawa. Bersujud sambil teraba tangan mencari tali yang
dibeli dari kedai runcit Wee Chin di bawah katil. Berdiri atas kerusi. Diikat
pangkal pada kipas siling. Dan simpulan bulat yang ditenunnya begitu kemas.
Memori Laizah masih jelas teknik ikatan simpul bulat yang digurui semasa kem
pengakap sekolah dulu. Tak pernah disangka ilmu itu amat berguna pada malam
ini. Disarung kan ke batang leher jinjang Laizah yang indah itu.
Dia memejam
mata bagai manusia baca mantra.
Tikus-tikus
di celahan rumah curi intai saat bersejarah itu.
Cengkerik
bagai berhenti bernyanyi.
Angin
tersekat, tiap zarah kaku. Neon lampu terpana.
Kerusi
ditendang.
Laizah
terkejang menikmati tiap derih perih. Telinganya kian hilang mendengar. Matanya
kian lihat dunia putih. Mulutnya berlipstikkan buih liur. Memaksa mengukir
senyuman. Indera akal semakin hilang punca ditinggalkan udara. Paru-paru
merajuk seribu bahasa. Tervakum roh Laizah keluar dari tiap rongga tubuh.
Cuma sebelum
dia terbang pergi, bibir Laizah berbisik pada telinganya sendi,
“hari ini
aku bebas daripada kau, Laizah.”
Seminggu
selepas itu kejiranan mengadu terbau bangkai yang amat busuk, sehingga akhirnya
polisi dan forensik menemui kujur mayat Laizah tergantung. Sambil menurunkan
jasad itu, salah seorang polis berkata sendiri, “mujur kau ni anorexia.”
Mata Laizah menjeling,
tapi tiada siapa yang
sedar.
Sumber : [n] |
1 comment:
tenuk sgt lah tadi time nk post komen tetiba ada iklan mcm binawe. huh.
ok btw, entry ni aku paling suka. eh kau peduli ape kn? haha. k ciao
Post a Comment